Keunikan Makanan Di Malaysia !
Kepelbagaian. Perkataan ini merupakan perkataan yang paling sesuai
untuk kita memperbincang keunikan makanan di Malaysia. Kepelbagaian
jenis makanan di Malaysia ini telah melambangkan rakyatnya yang
berbilang kaum. Banyak jenis makanan yang berasal dari pelbagai negara
dan suku kaum dapat dicari di Malaysia. Kebanyakkan makanan ini telah
dihidangkan di negara kita sebagai hidangan umum.

Sebagai contohnya,
Nasi Lemak.
Nasi Lemak merupakan antara makanan kegemaran bagi orang Malaysia
terutama sebagai sarapan. Nasi Lemak merujuk kepada nasi yang dimasak
dengan menggunakkan santan kelapa bagi menambah rasa lemaknya.Kadangkala
daun pandan juga ditambah semasa nasi lemak dimasak bagi menambah lagi
aromanya. Pada masa yang lalu, nasi lemak merupakan bekalan makanan yang
mampu memberi tenaga yang lebih kepada pesawah-pesawah padi serta
pengusaha kebun yang membanting keringat ini. Walaubagaimanapun,
hidangan ini dapat dinikmati oleh sesiapa pun pada masa kini. Hidangan
yang ringkas ini sering menjadi makanan pilihan warga kota kita yang
sentiasa kesibukkan.

Selain itu,
Sate
juga merupakan satu lagi sajian yang umum tetapi enak di Malaysia.
Secara khususnya, sate merupakan kepingan daging yang dicucuk pada lidi
dan dibakar menggunakan api arang kayu. Sajian ini berasal dari para
pedagang jawa yang menjual daging bakar pada abab 19. Oleh sebab
kebanyakkan masyarakat tidak makan daging semata-mata , biasanya ketupat
juga akan dihidangkan bersama sate. Kuah sate sentiasa disediakan
dengan menyediakan kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak
dengan pelbagai herba . Aroma kuah amat diberi perhatian dalam proses
penyediaan kuah ini. Sate sebenarnya bukan menu makanan Melayu
semata-mata, sajain ini turut merupakan hidangan popular di
negara-negara Asia Tenggara yang lain. Sebaga contohnya, Penerbangan
Malaysia dan Singapore Airlines telah menjadikan sate sebagai menu
pembuka selera untuk penumpang mereka.

Seterusnya, 'Lo Hei'--melambung
yee sang
merupakan satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura
yang mana saudara-mara berkumpul di sekeliling meja lalu melambung
cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaung
'Huat Ar' dengan lantang untuk menandakan bermulanya tahun yang
makmur.Situasi ini adalah sangat gembira. Yee Sang sebenarnya merupakan
sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou yang terdiri daripada potongan
cebisan daging ikan mentah yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran,
beraneka sos, perasa,buah-buahan dan bijan. Yee Sang secara hafiah
membawa maksud ikan mentah dan 'ikan' biasanya digabunugkan dengan huruf
sebunyinya 'kelimpahan'. Oleh sebab itu, Yee Sang sering dianggap
sebagai lambang kelimpahan, kemakmuran dan kekuatan. Yee Sang mula
dihidangkan di Kuala Lumpur kira-kira pada awal 1950-an, sebagai
hidangan yang hanya disajikan selepas hari Tahun Baru Cina apabila
restoran dibuka semula,dan restoran menyajikan hidangan ini sebaga
pembuka selera entuk memupuk 'tuah' untuk tahun berikutnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar